Rasulullah SAW :)

Assalammualaikum sahabat Fillah :) Dah bersarang blog kami setelah sekian lama tak ziarah,haha..
Sahabat semua apa khabar? Semoga sihat dan dirahmati oleh Allah SWT,insyaAllah,Aamiin :)

Hari ni Athirah dengan Iwani nak share something mengenai nabi kita iaitu Nabi Muhammad. Sebelum tu mehh kita tahu biodata nabi kita.
Nama baginda ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim. Baginda lahir pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571M. Baginda lahir di Mekkah. Nama bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Mutalib dan nama ibu baginda ialah Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

                            "Allahumma solli'ala saidina muhammad, wa'ala alihi wasahbihi wabarik wassalam"

Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW. Banyakkan lah mengingati baginda kerana baginda tidak pernah melupakan kita iaitu umatnya.

Sayang dan rindukah kita pada Rasulullah SAW? Benarkah kita sayang dan rindu kepada baginda? Jika benar,adakah kita sering berselawat kepada baginda? Adakah kita selalu mengingati baginda? Adakah kita melakukan sunnah baginda? 

Ingatlah sahabat baginda sentiasa mengingati kita iaitu umatnya. Syafaat baginda lah yang akan kita perlukan di akhirat kelak. Nabi Muhammad SAW sangat sangat mencintai kita. Marilah kita sama sama selawat ke atas baginda. Hidupkan sunnah baginda. Suburkan rasa cinta kita pada baginda. Tidak rugi kita mencintai dan menyayangi insan yang mulia ini :')


Hayati satu kisah ini...

Daripada Abbas r.a, Rasulullah bersabda: "Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat ialah MUHAMMAD SAW. Jibril a.s akan datang kepadanya membawa seekor Buraq. Israfil datang membawa bendera dan mahkota. Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga."

Israfil bersuara,"Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik." Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. 

Pada seruan yang ketiga, Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW terus membuang tanah di atas kepala dan janggutnya. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Baginda SAW bersabda,"Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!"

Jibril a.s berkata,"Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?"

Baginda SAW bersabda,"Bukan seperti itu pertanyaanku."

Jibril a.s berkata,"Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?"

Baginda SAW bersabda,"Bukan itu maksud pertanyaanku."

Baginda SAW bersabda,"Aku bertanya kepadamu tentang umatku. Di mana perjanjian mereka?"

Baginda SAW bersabda,"Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku."

Jibril menyeru,"Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh ALLAH SWT."

Umat-umat datang dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda akan bertanya, "Di mana umatku?"

Jibril berkata, "Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir."

Apabila Nabi Isa a.s datang, Jibril a.s menyeru,"Tempatmu!" Maka Nabi Isa a.s dan Jibril a.s menangis.

Nabi Muhammad SAW bertanya, "Kenapa kamu menangis?"

Jibril a.s berkata,"Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?"

Nabi Muhammad SAW bertanya, "Di mana umatku?"

Jibril berkata,"Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan."

Apabila mendengar berita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya, "Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"

Jibril a.s berkata, "Lihatlah mereka wahai Muhammad!"

Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru, "Wahai Muhammad!"

Nabi Muhammad bersabda, "Wahai umatku". Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.

ALLAH SWT berfirman di dalam keadaan DIA amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi,"Di mana umat Muhammad SAW?"

Jibril a.s berkata, "Mereka adalah sebaik umat."

ALLAH SWT berfirman, "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasih-KU,Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapan-KU."

Jibril a.s kembali dalam keadaan menangis lalu berkata, "Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada ALLAH SWT."

Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata, "Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada ALLAH SWT."

ALLAH SWT berfirman, "Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, AKU akan memuliakan sesiapa yang mentaati-KU. Dan AKU akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadap-KU."

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru, "Tuhanku...Penguasaku Penghuluku.......! Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dari-MU!"

Ketika itu juga neraka Jahanam berseru, "Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?"Neraka pula berseru, "Wahai Tuhanku... Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan."

Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy ALLAH SWT dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.

Para Nabi melihat keluh-kesah dan tangisannya. Mereka berkata, "Maha Suci ALLAH! Hamba yang paling dimuliakan ALLAH SWT ini begitu mengambil berat hal keadaan umatnya."

Fatimah r.a bertanya ,"Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari akhirat nanti, wahai bapaku?"Baginda SAW menjawab, "Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku."

Tatkala umat Nabi Muhammad SAW sedang mencari mimbar Nabi Muhammmad SAW untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat, Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW, dia berkata, "Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka."

Suara Mariam telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW.

Nabi Adam a.s berkata kepada Nabi Muhammad SAW, "Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada ALLAH SWT."

Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda, "Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada ALLAH SWT untukmu!" Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya. 

Ketika di atas Sirat, 
Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik, "Wahai Malik! Dengan kebenaran ALLAH SWT ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila mereka melihatmu."

Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat.
Setiap kali baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkannya kembali.

Nabi Muhammad berkata, "Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!"




Sabda Rasulullah SAW "Orang yang paling dekat denganku di hari kiamat ialah mereka yang paling banyak selawat keatasku.."

  • Sayangnya Rasulullah kepada kita. Kasihnya Rasulullah kepada kita. Ingatlah sahabat selalulah kita mengingati kekasih Allah ini. Syafaat baginda lah yang kita perlukan diakhirat sana nanti. Sahabat renungkan mampukan kita meyayangi baginda seperti mana baginda meyayangi kita iaitu umatnya?

Maaf andai ada tersilap,tersalah atau terkasar bahasa. Kami hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Tergurlah kami andai ada kesilapan. Sama samalah kita merenungkan kisah yang kami kongsikan kepada sahabat semua. Banyakkan lah berselawat kepada Rasulullah SAW.

Syukran sudi singgah dan baca. Assalammualaikum :)

• Post by Athirah Izzati •