Allah ada :')

Assalammualaikum Sahabat. Hari ni kami nak share satu cerita. Jadikan pengajaran dan ambil iktibar yang terdapat dalam cerita ni.

Saya dan dia duduk di atas pasir pantai yang memutih. Kami berdua merenung laut yang terbentang. Dia menguis-nguis pasir. Saya cuma mendiamkan diri.

Banyak yang dia ceritakan sambil mengalirkan air mata.
"Kau ingat tak masa ustaz cerita kat kita dulu.Nabi SAW pernah menangis tepi pantai."

Saya cuma diam.
"Nabi SAW menangis kemudian terduduk di pantai. Sahabat bertanya kenapa? Baginda jawab, sebab baginda dengar pasir-pasir ni semua berzikir kepada Allah."

Saya memandangnya sayu.
"Tapi aku? Nangis kat atas pasir ni sebab ditinggalkan orang tercinta. Malunya..."
Dia mengesat pipi. Saya masih lagi diam.
"Tak sangkanya. Aku masih lagi rapuh."

Saya rasa tiba untuk membuka mulut.
"Sayang, kita ni manusia biasa.. Tak siapa jamin dengan solat, tahajud, baca Quran, puasa, sedekah, pergi umrah, dengar kuliah, dengar tazkirah, tak menjadikan kita rapuh. Kita manusia memang diciptakan rapuh."

"Salah ke aku bersedih tentang cinta?"

"Nabi SAW pun sedih selama bertahun setelah bapa saudaranya dan isterinya Khadijah meninggal dunia."

"Aku tak boleh move on..."

"Dear, kau bernafas sebab apa? kau kenyang sebab apa? Kau tak haus sebab apa? Kau ada perlindungan sebab apa? Dan paling penting, kau hidup sebab apa?"

"Aku bernafas sebab udara, aku kenyang sebab makan, aku tak haus sebab air, aku ada tempat tinggal sebab disediakan rumah, dan paling penting, semua benda aku dapat ni, aku hidup, atas izin Allah."

"Haa, kau sendiri dah jawab persoalan yang kau lemparkan. Dalam banyak-banyak jawapan kau tu, tak ada satu pun yang jawapannya adalah lelaki tu. Semua benda jadi, kau hidup ni, sebab Allah. Takkan tak boleh move on? Kita hidup ni, tujuan kita Allah, bukan lelaki tu. Takkan hidup kau nak terhenti, sebab dia tinggalkan kau? Habis Allah yang provide semua kemudahan ni, kau nak letak mana?

"Hmmm...bantu aku weh."
"Islam dah ajar aku, semua perkara perlu dilakukan dengan sabar dan solat. Kau tahu, dalam solat tu ada tujuan hidup, ada doa. Sebab tu kena selalu solat. sabar pulak, kau kena akui, semua benda Tuhan dah tentukan. baik atau buruk, pasti ada hikmah, ada tujuan. sangka baik dengan Allah."

"Terima kasih kawan."
"Bersyukur pada Allah, DIA masih campak kesedaran dalam hati kau. Dah la. Hidup ni luas untuk kau terhenti pada satu pilihan. Dan ingat, tujuan kita hanya Allah. Kita hidup, mati, sebab DIA. Bukan sebab yang lain. Sabar dan solat, ingat tu."
"InshaAllah."

Saya mengutip seketul batu, lalu melontar ke permukaan air. Kerana Tuhan, kita ada. Tuhan takkan tinggalkan kita, walau kita ditinggalkan semua orang dalam dunia ni. teruskan hidup.
Demi DIA.