As salamu alaykum . Apa khabar kekanda adinda disana
? Haha . Tajuk post saya harini memang best , mesti semua pakat tak sabar nak
baca kan ? *Angguk cepat ! . Alkisah bermula begini , Rasulullah SAW bersabda :
Tiga perkara jangan dilambatkan – lambatkan , iaitu
solat apabila telah masuk waktunya , jenazah apabila telah siap urusan mandi
dan kafan dan anak gadis setelah ditemui pasangan yang sesuai untuknya . –
Hadis Riwayat Tarmizi
Siapa cakap kahwin waktu belajar mengganggu ? Salah
tanggapan tu. Sepatutnya , kahwin awal lebih membuatkan semangat kita membara .
Sebab sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita . Mestilah
bersemangat nak belajar kan ? Lagi satu < orang yang dah kahwin ni akan berasa
lebih bertanggungjawab daripada sebelum kahwin . Sebab mereka tahu mereka ada
pasangan untuk dijaga . Contoh , ibubapa kita . Sudah kahwin tetapi adakah
mengganggu kerja mereka ? Tak , kan ? Jadi , jika sampai jodoh kita ,
seharusnya kita reda . Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang .
“Tidak terlalu awalkah untuk aku berkahwin ?” .
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat ,
kahwinlah . Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama ,
kahwinlah . Kalau rasa kahwin boleh mengelak dari fitnah dan maksiat ,
kahwinlah . Itu maksudnya , kahwin memang perlu pada usia muda . Benda yang
baik , jangan dilambatkan . Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara
yang halal , tapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara
yang haram ? Tanya diri , jaga iman .
Daripada Rasulullah SAW : Apabila datang laki-laki
untuk meminang , yang engkau reda terhadap agama dan akhlaknya , maka nikahlah
dia . Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan
timbul kerosakkan yang merata di muka bumi . Hadis Riwayat Tarmidzi dan Ahmad .
Rujukan :
Novel Suami Ekspres by Fieyta An-Nisa