Assalammualaikum sahabat. Setelah lama tak jejalan kat blog yang dah agak berhabuk ni, hari ni saya nak share satu cerita. Cerita ni Kak Ed yang karang. Jom kita ambil pengajaran dari cerita ni.
Baju kurung cotton warna merah muda dan tudung bawal warna putih bidang 50 dipandang sekilas.
*pejam mata*
"Aku tak sedia lagi." Kata Mya sambil mengeluh kecil.
"Eh kenapa tak siap lagi ni? Kata nak join usrah dengan aku?" Ujar Hawa sambil senyum segaris.
"Aku tak ready lagi lah Hawa. Tah kenapa rasa berat sangat." Keluh Mya.
Hawa pandang Mya penuh kasih.
"Its okay. Bila dah ready nanti kita pergi usrah sama sama taw?"
"Hm Hawa.. aku jahil ke kalau taknak pergi join usrah?" Tanya Mya sayu.
"Usrah bukanlah segala galanya. Ada banyak lagi cara untuk kita gapai cinta Allah. Tinggal cuma kita nak ke taknak je." Kata Hawa sambil senyum manis.
"Kenapa aku tak rasa sungguh2 nak hijrah ni? Kenapa aku tak rasa apa2 bila buat dosa? Allah dah tak pedulikan aku ke Hawa?" Pinta Mya sambil kesat airmata.
"Nangis eh?"
"Tak lah.." kesat airmata lagi.
"Hmm Hawa jealous taw dgn Mya."
"Kenapa nak jealous?"
"Sebab Mya mampu nangis sbb ni. Sebab Mya sedar awal. Sebab Mya dapat rasa betapa peritnya nak hijrah tu."
Mya peluk Hawa.
"Hawa.. Hawa tak perlu jealous. Sebaliknya Mya yang kena jealous. Sebab apa? Sebab.. even Hawa punya kisah silam zaman gelap yg agak gelap dari Mya tapi Hawa berjaya berubah.."
"Tapi.. Hawa buat banyak dosa."
"Hawa kan pernah cakap kat Mya yang sebaik baik pendosa tu yang bertaubat?"
"Hmm. Iye.. so.. kenapa Mya takleh semangat?"
Err "Apa?"
"Kan tadi Mya kata sebaik2 pendosa ialah yg bertaubat. Kannnn?"
"Oooo umpan Mya eyyy!!" Mya tarik muka sambil cubit pipi Hawa.
"Hehe. Dahtu Mya tu janganlah tak semangat gitu. Chaiyok! Takyah khuatir lah. Allah ada. Dia bantu kita. Jangan risau." Hawa senyum sambil buat tanda peaces yo!
"Hawa ni kan... thanks taw. Nanti masuk Syurga sesame eh." Kesat air mata. Mya terus peluk Hawa erat.
"Syurga sesame? Okay :) Sikit2 nangis. Haha Mya niiiiiii dah lah. Hawa dah lewat nak pi usrah ni. Assalamualaikum!"
Pintu ditutup rapat. Mya senyum sendiri.
"Allah terima kasih.."
***
Semua mata liar pandang Mya yang pakai baju ketat dan seluar jeans atas lutut. Sambil menghembus Shisha Mya menekan keypad untuk menelefon Hawa.
"Hawa.."
"Mya!!! Mya kat mana ni?" Hawa runsing bila dengar lagu rancak seperti di kelab malam dan suara suara lelaki dan perempuan ketawa dan bergurau.
"Hawa.."
"Mya.. jangan buat Hawa risau. Bagitau Hawa. Mya kat mana?!"
Tett teettt tett. Panggilan terputus.
Hawa runsing. Cepat2 dia menelefon ibu Mya.
"Assalamualaikum makcik. Makcik tau mya kat mana?"
Suara orang menangis. Ya Allah apa dah jadi ni...
"Makcik? Tolong bagitau saya makcik.."
"Mya keluar tadi. Lepas ayah dia balik pukul makcik. Dia cuba bantu tapi alih alih dia yang kena pukul. Duit dia pun suami makcik dah kebas. Banyak duit tu.. dekat rm2000.. hawa tolong cari mya.."
Allah.. duit yg Mya kumpul hasil menjahit selama ni...
Airmata deras menuruni pipi Hawa.
"Saya cuba cari Mya makcik.."
Knock knock knock!!!
Huh? Mya ke? Hawa bergegas berlari ke muka pintu.
"Ya Allah!! Mya!!! Kenapa sampai macamni? Mya.. mya.. bangun mya bangun!!"
"Aku dah tak suci.." rintih Mya terus pengsan lemah longlai.
Hawa terdiam. Hanya airmata yang deras menuruni pipi. Dan hanya nama Allah yang kedengaran keluar dari bibirnya. Ya Allah banyaknya dugaanMu ya Allah...
***
"Mya.. okay?"
Diam.
"Mya siapa buat kau macam ni?"
"Jantan gila."
"Mya..? Siapa?"
"Rashid."
Hawa terpempan. Ayah Mya?! Ya Allah.. tolong kuatkan sahabat aku..
"Mya.. makan sikit?"
Diam. Cuma esak tangis yang kedengaran.
***
"Mya.. hawa nak pergi beli makanan jap.."
Diam.
"Hmm ni ada AlQuran ngan telekung solat. Kalau Mya nak guna.. mya ambil je eh?"
Diam lagi.
Hawa mendekati Mya sambil peluk dan cium dahi Mya.
"Hawa keluar kejap.." hmm ya Allah.. tolong ya Allah. Beri kami semua ketabahan. Tunjukkan kami jalan yang benar..
***
"Baik aku mati je.." kata Mya sambil menangis.
"Takde guna aku hidup lagi. Aku dah tak suci. Aku dah tak diperlukan!"
Mya berlari ke arah dapur. Mencari senjata yang boleh menamatkan riwayat hidup dia.
"Aaaaaaaaaaaaaaaa!!"
"Myaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!"
***
"Mya kenapa kau buat kerja bodoh?!!! Kau ingat pahala kau dah banyak sangat ke sampai nak bunuh diri? Ingat kau tu takde dosa ke?!! Allah hidupkan kau lagi sekarang nak suruh kau taubat!!! Kenapa kau angkuh sangat sampai nak bunuh diri!!!"
Diam.
Hawa ambil nafas dalam dalam.
"Mya.. Hawa sayang mya. Mya jangan buat macamni ok? Allah sayang mya sangat. Mya janji dengan Hawa eh? Kata nak masuk Syurga sama2 kan dulu? Mya.. kena kuat."
Tubuh kecil Mya dirangkul erat.
"Ya Allah.. tolong tabahkan kami semua" rintih Hawa perlahan.
***
Pukul 3 pagi.
Mya terjaga dari tidur. Perlahan dia bangun menyandar di sisi katil.
Rasa kosong.
Rasa sedih.
Rasa sunyi.
Rasa... something yang aneh.
Mya terpandang sekilas AlQuran pelangi atas meja dengan telekung solat.
Langkah diarah ke tandas. Ambil wudhu'setakat mana yang dia tahu.
Sejadah dihampar.
"Untuk apa hampar sejadah.. aku bukan pandai solat pun.. untuk apa pegang Quran.. aku bukan reti baca pun.."
Mya menangis semahunya. Dia sujud di Sejadah sambil memeluk erat Quran pelangi hadiah dari Hawa.
"Ya Allah.. aku rindukan Engkau.."
Mya rasa sunyi. Sunyi yang amat. Dia rasa tenang sangat dapat berjaga pukul 3 pagi sedang orang lain sedang asyik dibuai mimpi. Tapi sedihnya.. dia tak dapat berbuat apa2 melainkan pakai telekung solat. Sujud di sajadah. Peluk Quran erat dan menangis sampai pagi.
***
3 tahun selepasnya.
"Hawa! Tak siap lagi ke? Damia dah siap ni."
"Kejappppp."
"Okay cepattttt! Gesa damia batrisya sambil senyum nakal.
"Alaa kita tau aa awak bagi usrah harini. Haha ok dah jom gerak."
Sengih sampai telinga.
***
"Dipersilakan naqibah kita hari ni. Nur damia batrisya utk menyampaikan usrahnya."
Senyum. Niqabnya diperbetulkan sedikit.
"Syukran kak Nisha kerana beri Damia peluang untuk menyampaikan usrah pada petang ni."
Damia buka kain niqabnya.
Semua orang nampak terkejut. Terpegun.
"Mya..?"
"What?!"
Yelah. Sorang yang anti usrah. Anti dakwah. Anti kerja agama. Layan jeans atas lutut semedang. Pernah buat kes dengan pelajar laki. Pernah hisap rokok dan shisha. Pakai menjolok mata.
Siapa yang takkan terkejut??
Bisik bisik kedengaran di belakang.
Damia batrisya senyum.
"Iya ni saya. Yang baru. Izinkan saya mulai usrah saya?"
Semua orang mengangguk tapi masih dengan muka terkejut.
"Tajuk usrah saya pada hari ni ialah.. aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Betapa Hidayah Allah tu datang tak kira masa tempat mahupun siapa. Izinkan saya berkongsi kisah saya.?"
Angguk. Senyum.
"Allah terima kasih atas segalanya..."
Nama hanyalah rekaan semata. Tiada kaitan antara yang hidup dan yang mati. Asiff salah silap ed. Moga sampai mesej yang nak disampaikan.
Moga kita semua sentiasa berada dalam lindunganNya.
Hidayah Allah tu.. untuk semua. Carilah Allah. Kenal Allah. Dan semailah cinta itu.
Bangkitlah walau jatuh.
Senyumlah walau sakit.
Bertahanlah.
Demi Allah. Kerana Allah.
Qawiy Lillah, shall we? Come on!
Ambil pengajaran dari cerita ni. Setiap manusia boleh berubah. Buat apa dengar kata orang. Kita ada Allah dengan kita. Pedulikan apa orang nak cakap. Kuat kerana Allah !
Syukran kak Ed atas perkongsian cerita ni. She is just wonderful girl. Seronok dapat kawan dengan akak. Banyak bagi nasihat dekat adik. Syukran akak. Semoga ukhuwah kita hingga ke Syurga-Nya. Aamiin.
Syukran juga kepada yang sudi baca. Fi Amanillah. Assalammualaikum :)
• Post by Athirah Izzati •