As Salamu Alaykum Stalkers !Jom cuci minda sikit apa yang ukhti
nak story ni .
Terfikirkah kita yang dunia ini merupakan perhiasan untuk
manusia yang mana terdapat nikmat dan kesengsaraan jika tidak menggunakan
sebaik-baiknya ? Ini ditegaskan oleh hadis sahih yang direkodkan oleh Muslim ,
Rasulullah S.A.W berkata , “Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan
ialah wanita solehah” .
Lihatlah dunia , perempuan ini jangan dianggap lemah . Mereka
hanya kelihatan lemah diluar tetapi dalamnya amat kuat dan teguh . Allah Maha
Agung lagi Maha Adil . Kerana kelemahan itulah , wanita senang menerima dosa
dan pahala .
Wanita perlu taat kepada suaminya , tetapi suaminya perlu taat
kepada ibunya tiga kali ganda daripada bapanya . Bukankah ibu itu seorang
perempuan ? Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak tetapi
setiap saat makhluk Allah di muka bumi ini akan mendoakannya dan seorang wanita
itu dianggap mati sebagai mati syahid sekiranya meninggal ketika melahirkan
seorang zuriat .
Allah menciptakan wanita dan lelaki dengan perbezaan fizikal .
Ini kerana Allah telah meletakkan tanggungjawab masing-masing dalam kerja yang
berbeza . Lelaki merupakan seorang ketua dan wajib mempertahankan ahli
keluarganya , maka tubuh mereka gagah . Manakala wanita diberikan tugas seperti
mendidik anak , maka wanita diperlengkapkan dengan kasih-sayang , berjiwa halus
dan teliti dengan setiap pekerjaannya .
Wanita lebih mudah mendapat pahala berbanding lelaki .Doa wanita
juga dimakbulkan kerana sifat penyayang yang lebih banyak tertanam dalam
hatinya berbanding lelaki . Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut , jawab baginda , ‘ibu penyayang daripada bapa dan doa orang yang
penyayang tidak disia-siakan’. Wanita yang sakit hendak bersalin dicatatkan
baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah . Wanita yang tak tidur
semalaman demi menjaga anaknya yang sakit , maka Allah memberi ganjaran pahala
seolah-olah memerdekakan tujuh puluh orang hamba yang ikhlas untuk membela
Islam .
Tidakkah wanita itu hebat ? Ukhti tak pernah menyesal menjadi
seorang wanita . Pada mata kasar manusia , juga pada mata dunia , wanita itu
lemah dan tak layak untuk didahulukan . Ketahuilah , bahawa lelaki yang sedang
berperang itu memiliki kekuatan daripada seorang isteri yang sedang menanti di
rumah dengan penuh kesabaran . Kalaulah ketika hendak berperang itu , seorang
suami itu akan bercerai dengan isteri yang dicintainya , maka gugurlah dia
dengan mudahnya di medan perang . Tapi , pada zaman mellenium ini , ramai
wanita yang sanggup bertukar jantina atau berubah perwatakkan menjadi lelaki .
So , hargailah anugerah yang Allah berikan kepada kita .
Rujukan : Seratus Pesanan Terakhir Rasulullah
By Muhd
Nasruddin Dasuki dan
Novel Cinta
Kontrak By Nurul Ain Syuhada
As Salamu Alaykum
Post By Nur Iwani Binti Ismail