Cara sebaik baiknya menghadapi ujian.

As salamu alaykum sahabat. Hari ni Athirah dengan Iwani nak share something sikit dengan sahabat semua. Tajuk dia 'Bagaimana cara sebaik-baiknya untuk menghadapi ujian?'

Macam yang kita tahu. Bila ujian datang sahaja kita buntu nak selesaikannya. Apa yang harus kita lakukan? Meluah perasaan pada manusia, menangis, merintih, mengurung diri dan bermuram durja? Akan selesai masalah dengan buat begitu? Haihh, tak mungkin punyalah.

Dengar sini baik baik, Allah telah menggariskan cara yang terbaik.
FirmanNya dalam surah Ali-Imran : 200 yang bermaksud :
 
"Wahai orang-orang yang beriman,bersabarlah kamu (dalam menghadapi kesukaran), dan kuatkanlah kesabaranmu lebih dari kesabaran musuh di medan peperangan, dan bersedialah dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mencapai kemenangan."
Firman Allah lagi dalam surah Al-Baqarah : 45 yang bermaksud :
   
"Dan mintalah pertolongan Allah dengan jalan sabar dan solat, sesungguhnya solat itu sangat berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."

Sabar dan solat. Jalan keluar dari segala masalah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang :')

Allah adalah sebaik baik pendengar kalau ada masalah mengadulah padaNya, insyaAllah hati akan menjadi sangat tenang :) Semoga apa yang dikongsikan oleh kami ini dapat membantu sahabat semua.

As salamu alaykum :)

• Post by Iwani Ismail •