Assalamualaikum Warrahmatullah hi wabarakatuh ya akhi and ukhti yang baca blog ni :D
Sebenarnya hari ni ukhti nak cerita tentang penghijrahan ukhti :) . Tapi sebelum tu ukhti nak berpesan dekat adik-adik or kakak-kakak dan sehubungan dengannya jangan mudah ragu dengan penghijrahan kita terhadap Allah SWT kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka untuk umatNya .
Kisahnya bermula begini,pakaian ukhti dulu *faham-faham la kan ketat sana ketat sini . Tapi disebabkan Allah sayangkan ukhti sekarang ukhti dah tak pakai dah tu semua . First time ukhti nak berubah tu,ukhti ada tanya kawan ukhti ni .
Time ni ukhti dengan kawan ukhti ni sibuk pasang langsir kat kelas . Tak silap ukhti,hari tu hari Rabu kot .
Ukhti : Athirah hang tak panas ka pakai handsock dengan stokin?
Athirah : First time pakai tu panas la tapi lama-lama biasa lah .
Ukhti : Ohh,okay .
Pada minggu yang sama,hari Jumaat,ukhti start pakai handsock .
Lama-lama pakai dah rasa biasa tapi kalau tak pakai rasa macam tangan ni bogel pun ada .
Dah lama-lama tu,ukhti pun rasa macam nak pakai tudung labuh tapi masa ukhti tanya kawan ukhti yang Athirah ni pasai tudung labuh ada la sorang kawan BAIK ukhti sorang lagi ni pun cakap,Weyh Iwani hang nak pakai tudung labuh eh? Ukhti pun cakap : Ha'ah . Lepas tu dia pun jawab balik,Weyh aku rasa macam nak sujud syukur ja bila dengar hang nak pakai tudung labuh *dengan nada perli . Kawan-kawan yang baca cerita ukhti ni rasa apa? Mesti la sedih kan? Dah la kawan baik kita pulak tu tapi kita yang nak hijrah ni perlu la sentiasa tabah :)
Macam-macam dugaan yang perlu kita tempuh kan? Tapi lagi sedih kalau family sendiri kata kat kita kan ?
Tapi Allah itu sentiasa ada untuk kita mengadu or merintih :)
So,today I am so grateful because Allah always beside me :)
Sebelum tu,ingat pesanan ukhti tadi jangan mudah ragu dengan penghijrahan kita because Allah always beside us :D
Post by NUR IWANI ღ